Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pesawat ringan tergelincir di Melaka libatkan juruterbang wanita


MELAKA – Sebuah pesawat ringan yang sedang dalam latihan penerbangan dilaporkan hilang kawalan semasa membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (LTAM) di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.16 tengah hari itu, juruterbang pelatih wanita berusia 23 tahun bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami sakit dada sebelum dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden menimpa pesawat milik International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC) jenis Piper 28 itu pada pukul 12.42 tengah hari.

“Pesawat dikatakan hilang kawalan dilandasan RWY 21 dan tindakan telah diambil di Post 1 untuk ketibaan ambulans dan pesawat berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi kejadian pada pukul 12.50 tengah hari.

“Juruterbang pelatih wanita berusia 23 tahun kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka selepas mengalami sakit dada,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, setakat ini masih belum ada laporan polis secara rasmi dibuat kepada pihak polis. – MalaysiaGazette