Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Politik bukan sekadar janji, tapi kena tunai-Anwar


SIK - Pimpinan politik di negara ini diingatkan agar tidak ghairah menabur janji bulan dan bintang bagi meraih sokongan rakyat namun gagal untuk diselesaikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu sama turut membidas sikap pemimpin politik yang menunjukkan perilaku yang tidak baik termasuk mengeluarkan perkataan yang tidak sesuai.

Menurutnya, pengalaman luasnya termasuk pernah dipenjarakan menyaksikan dirinya matang dalam dunia berpolitik.


"Politik bukan sekadar janji, boleh janji apa pun boleh janji, langit bumi bulan matahari boleh janji semua tetapi kena tunai.

"Politik ni jadi menteri, timbalan menteri, menteri besar bukan berlawan pidato, pergi mana-mana berlawan bercakap, apa lagi mengata dekat orang, hari-hari bercakap marah dekat orang, maki dekat orang," katanya semasa berucap pada Karnival Segalanya FELDA di Padang Awam FELDA Teloi Timur, dekat sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) meminta rakyat agar tidak tertipu dengan dakwaan sesetengah parti bahawa mereka bersih daripada salah laku 'sakau-menyakau'

Menurutnya, terdapat bukti pimpinan sebelum ini yang melakukan perkara tersebut namun beliau tidak menamakan mana-mana pemimpin yang dimaksudkannya.

"Kita ini minyak, gas, balak ada, hasil bumi ada, kita hentikan cara sakau ini toksah (jangan) dengar orang cakap bersih, nak habaq (beritahu) bagi, jangan terpukau tertipu orang Kedah, kami bersih, bersih apa, kontrak hangpa sapu.

"Tanya aku ni Menteri Kewangan, fail ada kat aku, saya bukan fitnah orang, saya menyampah orang bercakap.. Tapi tak amalkan," ujar beliau.