Wakil PAS sahkan aduan isteri Syahmi Sazli benar, banyak lagi rumah hadapi masalah air
Labels:
Politik
ISU AIR DI KG. MACHANG BUBUK: KRONOLOGI DAN SOLUSI
1. Merujuk kepada isu air yang sedang tular di media sosial sehingga menarik minat beberapa pihak turut sama berkongsi pandangan tentang perkara teraebut. Maka, saya cuba memgambil pendekatan berbeza iaitu melakukan kunjungan mesra kepada pengadu iaitu Abe Mi dan Kak Nur Idayu semalam.
2. Alhamdulillah, kunjungan kami disambut baik oleh Abe Mi dan Kak Nur Idayu. Pertemuan kami dipenuhi dengan ruh ukhuwwah demi mencari penyelesaian. Hasil daripada penjelasan yang diberikan oleh Abe Mi dan Kak Nur Hisayu, didapati masalah air berlaku adalah sepertimana yang diadukan, situasi ini turut melibatkan beberapa rumah di kawasan sekitar.
3. Kami difahamkan juga di dalam kawasan tersebut, terdapat dua saluran paip AKSB bagi menyalurkan air ke kawasan sekitar iaitu paip besar dan paip kecil. Kebanyakan rumah menggunakan saluran paip kecil, hal ini menyebabkan tekanan rendah dan air tidak mampu sampai ke semua rumah.
4. Dikesempatan yang ada, kami beramah dengan beberapa tuan rumah di kawasan sekitar dan didapati air AKSB mengalir dan ada. Manakala sebahagian rumah lagi tiada. Oleh itu, kami membuat beberapa konklusi hasil pertemuan ini dan dimaklumkan juga kepada Abe Mi dan Kak Nur Idayu.
5. Solusi untuk jangka masa pendek, insya-Allah saya akan menjadi pengantara dengan pihak agihan AKSB untuk memohon lori air kontrak untuk disalurkan kepada rumah yang terjejas. Manakala untuk plan jangka masa panjang, aduan akan dibuat kepada pihak teknikal AKSB agar dapat melakukan check saluran paip bawah tanah. Besar kenungkinan berlaku ralat sehingga menyebabkan sebahgian rumah ada dan sebahagian yang lain tiada walaupun alirannya adalah sama.
6. Insya-Allah kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan menyelesaikan masalah ummah.Isu ini turut disambut oleh pempengaruh Anak Muda Kelantan iaitu Syahmi Sazli Production dan Nisaa, sudah pastilah saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka. Ini memberikan bukti bahawa kita Anak Kelantan amat prihatin antara satu sama lain.
sumber: Facebook