Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wan Rosdy mohon bina Universiti Tahfiz di Pahang setelah rakyat Kelantan tolak manifesto BN


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang bercadang memohon pembinaan sebuah Kolej Universiti Tahfiz Al-Quran dan Sains di negeri ini kepada Kerajaan Persekutuan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cadangan pembinaan kolej universiti ini ditawarkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat Kelantan dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Ia (pembinaan kolej universiti) ini ditawarkan kepada Kerajaan Kelantan tapi Negeri Pahang boleh mencubalah memandangkan rakyat Kelantan menolak menifesto tersebut, kenapa tak kita bawa ke Pahang.


“Saya percaya rakyat Pahang pasti gembira kalau mendapat sebuah universiti yang tidak pernah ada lagi di Pantai Timur ini, cuma di Pahang ini kita dah ada Universiti Islam UNIPSAS (Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah). Kita akan buat permohonan tetapi ia terpulang kepada Kerajaan Persekutuan (untuk meluluskan permohonan ini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Kenduri Kesyukuran Kecemerlangan SPM 2023 Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan.

Menifesto BN dan PH sebelum ini menggariskan empat teras utama dengan 34 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat di Kelantan secara menyeluruh dan inklusif sekiranya diberi mandat mentadbir negeri tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lepas.

 -PAHANGMEDIA