JAKARTA - Akhbar utama Indonesia, Jakarta Post, melaporkan ASEAN mendiamkan diri dalam isu Peta China 2023 yang menuntut kawasan maritim negara-negara Asean di Laut China Selatan.
Akhbar tersebut menganggap Ketua ASEAN 2023, Indonesia, memilih mengenepikan isu penting itu dalam pertemuan Asean - Beijing bagi mengelakkan sebarang konflik atau dilihat mengambil sikap menyebelahi Amerika Syarikat yang turut hadir dalam persidangan ini.
China, secara sepihak, telah beberapa kali menerbitkan peta rasmi mereka yang menggunakan nine dash line atau sembilan garis putus-putus yang mencakup kawasan seluas dua juta kilometer persegi sebagai hak maritimnya berdasarkan susur galur sejarahnya.
Beijing secara rutin menggariskan skop tuntutannya dengan merujuk kepada apa yang dipanggil garisan sembilan putus-putus yang mengambil kira-kira 90 peratus daripada 3.5 juta kilometer persegi Laut China Selatan pada peta China.
Jalur nine dash line ini membentang sejauh dua ribu kilometer dari daratan China hingga beberapa ratus kilometer dari Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam.