Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Diana Danielle dicium Farid Kamil, rancang rujuk semula (video)


PETALING JAYA: Pelakon, Farid Kamil dan bekas isteri yang juga aktres, Diana Danielle mengesahkan bakal rujuk semula selepas sebulan bercerai talak satu.

Diana ketika ditemui berkata, dia dan bekas suami bakal ke Mahkamah Syariah secepat mungkin bagi menyempurnakan proses rujuk yang dilakukan demi anak-anak tercinta, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 8.

“Kami rancang ke mahkamah untuk proses rujuk dalam masa terdekat ini. Tetapi tidaklah tergesa-gesa, cuma secepat mungkin.


“Kami sebenarnya masih menjadi jalan ke fasa yang lebih baik. Jadi ruang itu perlu ada. Setiap perhubungan dan rumah tangga itu perlu ada privasi untuk kami.

“Saya bukan mahu berselindung, tetapi takut sebenarnya nak cakap lebih. Kami berdua mahu bina semula apa yang pernah dilalui sebelum ini.

“Keputusan ini sejujurnya untukanak-anak. Kalau hanya untuk diri kami semata-mata, mungkin tiada motivasi untuk mengeratkan hubungan,” ujarnya.

Pelakon Imaginur itu ditemui ditemui selepas membuat persembahan di Karnival Mega Suria di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.

Farid yang turut hadir dengan pakaian sedondon rona biru dengan Diana dilihat berjalan berpimpinan tangan dan mencium dahi bekas isterinya.

Kongsi Diana lagi, lima bulan proses perceraian mereka adalah satu jalan untuk mempelajari sesuatu dan mengukuhkan lagi hubungan mereka.

“Proses mahkamah yang kami lalui sebelum ini mungkin memberi pengajaran lebih baik. Kami berdua tidak pernah henti berdoa untuk mendapatkan jalan terbaik.

“Kami juga tidak tahu sebab ini adalah rahsia Allah. Bukan tak hendak umum dalam masa terdekat, tapi perlu rujuk kepada mahkamah terlebih dahulu.

“Bila kami bercerai, kami mula kami bermuhasabah diri dan bertenang untuk berfikir secara rasional,” katanya.

Sebagai info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan bercerai pada 10 Ogos lalu.

video: