Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenyataan Rafizi usaha sabotaj UMNO di PRK Pelangai -Sian See


KUALA LUMPUR: Menurut penganalisa politik Lim Sian See, Rafizi Ramli dilihat cuba mensabotaj UMNO yang merupakan rakan gabungan Kerajaan Perpaduan di dalam Pilihanraya Kecil DUN Pelangai yang akan berlangsung pada Oktober ini.

Ini berikutan kenyataan Timbalan Presiden PKR itu yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersetuju dengan pengampunan Diraja untuk bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.


Kenyataan tersebut amat berbahaya buat UMNO kerana DUN Pelangai adalah kawasan Melayu, manakala pengaruh bekas Perdana Menteri itu terlalu kuat khususnya di negeri Pahang kerana jasa-jasa beliau.

UMNO ketika ini dilihat telah kehilangan banyak sokongan dari kaum Melayu dan juga kepercayaan dari ahli sendiri berikutan isu kerjasama dengan parti DAP dan juga kegagalan UMNO memberi keadilan untuk Najib setelah berkuasa dalam Kerajaan.

"Kenyataan Rafizi semalam berkenaan Najib boleh dilihat sebagai satu usaha untuk sabotaj peluang UMNO bagi PRK DUN Pelangai yang menjelang dan juga usaha untuk sabotaj kestabilan kerajaan negeri Pahang.."



"Pelangai terletak di Pahang iaitu negeri asal Najib. Lebih 72% daripada pengundi DUN ini adalah orang Melayu." ujar Sian See 

Pada Isnin ketika menjawab soalan wartawan, Rafizi Ramli berkata PH tidak akan bersetuju dengan pengampunan untuk bekas perdana menteri Najib Razak.

-TunCarlos.com

sumber: Lim Sian See