Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PAS hilang kerusi Parlimen Kemaman, mahkamah dapati berlaku sogokan pilihanraya




Mahkamah Petisyen Pilihan Raya telah membuat keputusan pada pagi ini bahawa pemilihan YB Che Alias selaku Ahli Parlimen Kemaman yang dipilih semasa PRU-15 adalah terbatal dan tidak sah. 

Hakim Pilihan Raya, YA Dato' Anselm Charles Fernandis telah menerima dakwaan Pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang telah diagihkan semasa tempoh berkempen PRU-15 untuk meraih undi kepada YB Che Alias.


Sebelum ini pada 13 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen itu apabila membenarkan bantahan awal oleh Che Alias berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh.

Mahkamah mengarahkan kos sebanyak RM30,000 untuk dibayar oleh Responden kepada Pempetisyen.