Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penyerahan bantuan persekolahan bukan kempen, tapi laksana tugas -Wan Rosdy (video)


BENTONG - "Saya hanya buat kerja sebagai menteri besar yang dipilih rakyat bersama rakan (barisan) Exco kerajaan," kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan mengadakan kempen melalui penganjuran program bantuan yang diadakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.


Menurutnya, ini adalah program kerajaan yang dibuat seperti biasa dan secara kebetulan PRK diadakan di daerah Bentong.

"Mereka dipilih di sini (SMK Sri Pelangai). Perkara yang tidak boleh kita pakai baju parti, kita beri duit kepada mereka yang datang. Yang hadir bukan semuanya pengundi, saya tak tahu, tapi hanya menerima jemputan,

“Saya kerap berada di Bentong dan Pelangai dalam masa terdekat. Jadi mereka pilih di sini, kalau tidak saya tidak dapat hadir," katanya.

Sebelum itu, beliau hadir merasmikan majlis penyerahan bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelangai di sini pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nurul Akmal Mohd Fauzi dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Dalam pada itu, Wan Rosdy merakamkan penghargaan kepada Yayasan Bank Rakyat atas tanggungjawab sosial yang dijalankan itu kepada penerima yang merupakan pelajar sekolah.

video: