Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PH tak akan setuju dengan pengampunan Najib -Rafizi



PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersetuju dengan pengampunan untuk bekas perdana menteri Najib Razak.

“Kami akan bincang dalam kerajaan perpaduan dan kami akan bincangkannya dalam Kabinet.


“Tetapi saya fikir PH tidak akan bersetuju dengannya,” katanya dalam program BFM “The Breakfast Grille”.

Menteri ekonomi mengulas sama ada PH akan bersetuju untuk memberi pengampunan kepada Najib.

Najib disabitkan bersalah pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Bekas presiden Umno itu mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022, selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya, disusuli Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal.

April lalu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata Umno meminta Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan pengampunan diraja kepada Najib mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi, pemimpin PH seperti Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim daripada PKR, veteran DAP Lim Kit Siang dan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad sebelum ini membantah cadangan pengampunan untuk Najib, yang dikritik Presiden Umno Zahid Hamidi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi dan Umno Kelantan .

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata walaupun beliau sebahagian daripada Lembaga Pengampunan yang akan menyemak permohonan Najib, tiada konflik kepentingan kerana keputusan muktamad pemberian pengampunan terletak pada Agong.