PRK Pelangai: Calon PN akui perubahan yang dilakukan BN beri keselesaan pada hari ini
Labels:
Politik
BENTONG - Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Kasim Samat mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sejak dahulu yang melakukan pembangunan serta perubahan demi perubahan di DUN Pelangai.
Sambil berkongsi nostalgia mengharungi kesukaran hidup masa lalu, Kasim mengakui perubahan yang dilakukan kepimpinan dahulu memberi keselesaan pada hari ini.
"Terima kasih kerajaan terdahulu, YB kita yang terdahulu atas pembangunan yang telah diberi pada kampung kita," katanya.
Tan Sri Adnan Yaakob adalah bekas pemimpin UMNO telah berkhidmat selama 36 tahun sebagai ADUN Pelangai dan 19 tahun sebagai Menteri Besar Pahang
Kemudian beliau diganti oleh Allahyarham
Dato Sri Johari Harun.
Di dalam ceramah umum PN DUN Pelangai di Felda Chemomoi pada Ahad, Kasim berkata kawasan berkenaan perlu dibangunkan lagi kerana masih belum ada bank, stesen minyak dan balai bomba.
-Sinar