Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rasuah RM80 Juta: Bekas pegawai Radzi Jidin kena lokap empat hari


KUALA LUMPUR: Dua individu termasuk bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta membabitkan sebuah kementerian.

Mereka ditahan jam 11 malam tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.


Sumber berkata, projek itu membabitkan percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

Pengarah Bahagian bergelar Datuk antara tiga direman kes rasuah projek kementerian

"Suspek pertama berusia dalam lingkungan 20-an yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua ialah pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

"Mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan itu meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus," kata sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sementara itu difahamkan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah bt Halid pagi tadi membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman kedua-dua suspek selama empat hari bermula hari ini hingga 26 September 2023.

Sebelum ini media melaporkan seorang ketua penerangan parti meminta SPRM menyiasat kontroversi membabitkan seorang menteri kanan kerajaan terdahulu.

Ia dikatakan membabitkan isu pemberian kontrak penyelenggaraan sekolah serta pencetakan buku J-Qaf.

Menteri itu didakwa memperoleh dana daripada individu berpangkat Datuk yang membolot semua projek penyelenggaraan sekolah.

Sementara itu, bekas menteri kanan merangkap Menteri Pendidikan dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini, dalam kenyataan menegaskan bahawa tuduhan-tuduhan terkandung dalam mesej tular yang mengaitkannya dan isteri dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah adalah tidak benar sama sekali.

"Isteri saya juga bukan seorang kerabat diraja dan beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan mahupun kepentingan di dalam syarikat yang dinyatakan dalam mesej yang tular tersebut," katanya.

Jelasnya sekali bahawa pihak SPRM sedang bertindak atas arahan pihak atasan kerana pernyataan-pernyataan saya di Parlimen pada hari Selasa, 19 September yang lalu.

Menurutnya, adalah jelas bahawa mesej WhatsApp karut yang tular ini sedang digunakan semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan imejnya dan untuk menindas bekas pegawainya yang tidak bersalah.

-BHonline