Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syed Saddiq umum keluar Kerajaan Perpaduan esok


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar daripada kerajaan perpaduan menjelang mesyuarat khas di Dewan Rakyat esok, menurut sumber.

Tindakan presiden Muda susulan ketidakpuasan hati terhadap keputusan mahkamah 4 Sept lalu, melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.


Seorang pemimpin Muda yang enggan dikenali memberitahu FMT, parti itu tidak akan mengadakan rundingan lagi dan akan keluar daripada gabungan pemerintah.

“Muda tidak akan berunding lagi dengan kerajaan. Syed Saddiq akan mengumumkan perkara itu lewat hari ini,” katanya.

Parlimen akan bersidang esok untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12.

Selasa lalu, Syed Saddiq berkata tidak teragak-agak untuk menilai semula kedudukan Muda dalam kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, keputusan kes Zahid “melanggar garis merah” dan menggesa tuntutan dibuat Muda diambil tindakan segera oleh kerajaan.

Tuntutan itu adalah penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara, memisahkan kuasa peguam negara dan pendakwa raya, dan mahu Zahid didakwa segera.

Sumber itu menambah, keputusan untuk menarik sokongan  daripada kerajaan perpaduan sudah diputuskan lebih awal, namun mendapat tentangan sebahagian ahli majlis pimpinan pusat.

“Sebab itu pengumuman (keluar blok kerajaan) tangguh,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung, DAP Loke Siew Fook, mengingatkan Syed Saddiq kemenangan satu-satunya kerusi Parlimen Muda adalah kerana ihsan Pakatan Harapan, yang sanggup memberikan enam kerusinya kepada parti itu pada PRU15.