Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lagi insiden tembakan di AS, 22 terbunuh 60 cedera dekat Maine (video)


WASHINGTON : Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala antara 50 hingga 60 lagi cedera dalam insiden tembakan di tiga premis perniagaan di Lewiston, Maine, pada Rabu.

Laporan Reuters yang memetik laporan NBC News menyatakan suspek masih diburu.

Polis turut memuat naik gambar suspek di Facebook yang kelihatan membawa alat seperti senjata separa automatik di dalam pusat boling.


“Kami mengesyorkan semua perniagaan ditutup dan ditutup sementara kami menyiasat. Suspek masih bebas,” tulis Jabatan Syerif Daerah Androscoggin menerusi hantaran di Facebook.

Gabenor Maine Janet Mills berkata, beliau  sudah diberi taklimat mengenai situasi  di Lewiston.

Presiden Joe Biden juga diberi taklimat, menurut White House.

Laporan awal CNN memaklumkan 16 maut  dan sekurang-kurangnya 50 hingga 60 individu cedera dalam tragedi itu.

Ahli Kongres Maine Jared Golden dalam ciapan di laman sosial X meluahkan rasa ngeri dengan insiden yang berlaku di Lewiston itu.

“Ini adalah kampung halaman saya. Buat masa ini, kita semua sedang bergantung dengan pihak berkuasa kerana mereka mengawal keadaan dan mengumpul maklumat.

“Hati kami hancur untuk mereka yang terjejas,” katanya. – AGENSI

video: