KUALA LUMPUR, 27 September (Reuters) - Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, menyatakan pada hari Rabu lalu bahawa peralihan dasar 5G negara dari Rangkaian Borong Tunggal (Single Wholesale Network) kepada dwirangkaian 5G (Dual Wholesale Network) akan membolehkan penyertaan yang lebih berkesan oleh gergasi telekomunikasi China, Huawei, sekaligus memberikan Malaysia keseimbangan antara teknologi Barat dan Timur.
Kerajaan Malaysia pada bulan Mei 2023 telah mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G kedua yang dijangka beroperasi mulai awal tahun depan bagi menghentikan monopoli yang dipegang oleh satu rangkaian yang dikendalikan oleh kerajaan.
Keputusan ini adalah disebalik pelbagai kebimbangan dari beberapa negara Barat yang inginkan Malaysia menuruti rancangan asalnya, iaitu pelaksanaan 5G secara Rangkaian Borong Tunggal.
Namun, Perdana Menteri dilihat tidak mengendahkan amaran Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat kepada Malaysia mengenai risiko penyertaan Huawei terhadap keselamatan negara dan pelaburan asing; di sebalik usaha Huawei untuk melobi peranannya di dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi negara, seperti yang dilaporkan oleh The Financial Times pada bulan Mei.
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak ICT Malaysia 2023 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur telah mengakui dan mengesahkan kebimbangan beberapa negara mengenai "keselamatan dan kapasiti" teknologi yang berasal dari China, namun tetap berkeras untuk membenarkan rangkaian 5G kedua oleh Huawei agar Malaysia dapat mendapat manfaat daripada teknologi yang berbeza.
"Kami di Malaysia...dan saya percaya dengan benar, memutuskan bahawa walaupun kami mendapat teknologi yang terbaik dari Barat, kami juga berhak memanfaatkan teknologi yang terbaik dari Timur," katanya dalam acara yang dianjurkan oleh Huawei pada 27 September 2023.
"Selepas perbincangan yang mendalam... kami membuat keputusan untuk membenarkan dwirangkaian 5G, dan dengan itu keputusan untuk penyertaan yang lebih bermakna oleh Huawei."
Setelah sekian lama, Malaysia pada tahun 2021 telah mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G negara melalui syarikat milik Kerajaan Digital Nasional Berhad (DNB) melalui rangkaian borong tunggal, dengan pelbagai pengendali menggunakan infrastruktur tersebut untuk menyediakan perkhidmatan mudah alih.
Namun, pelaksanaan ini telah mendapat pelbagai kritikan daripada syarkat pengendali mengenai harga dan persaingan.
DNB yang dikelolakan oleh kerajaan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi Sweden, Ericsson, untuk melancarkan rangkaian 5G Malaysia melalui proses bidaan yang telus dan kompetitif, namun nasib DNB masih kelam kelabu gara-gara dasar flip-lop oleh Perdana Menteri Anwar berkenaan dasar 5G negara.
Setakat ini, masih belum jelas bagaimana peralihan kepada DwiRangkaian akan memberi kesan kepada perjanjian asal DNB dengan Ericsson atau pengendali mudah alih lain.
sumner: REUTERS