Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Proses mohon kewarganegaraan kini hanya 14 hari -Saifuddin


PUTRAJAYA - Tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan dikurangkan daripada 73 hari kepada 14 hari menerusi Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Rabu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses berkenaan akan dijalankan secara lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem itu yang dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini penyerahan dokumen adalah secara dalam talian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-75, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, sistem itu secara automatik akan menolak permohonan yang didapati pemohonnya terlibat dengan pertubuhan dianggap berbahaya dan mengancam ketenteraman awam, selain tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan.