Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak munasabah calonkan Tun Mahathir di PRK Kemaman -Hadi


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dinamakan sebagai calon mewakili Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemaman, Terengganu pada 2 Disember ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan untuk mencalonkan Dr Mahathir adalah tidak munasabah.


Sebaliknya, beliau berkata perbincangan bagi menamakan calon PRK itu masih dalam peringkat perbincangan.

"Tidak munasabah (nak calonkan Dr Mahathir), kalau nak timbulkan biar munasabah,” katanya pada Sidang Akhbar selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC), di sini, pada Jumaat.