Bekas Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Muhammad Agus Yusoff dan pegawai agensi itu tampil bersama pada sidang media menjelaskan video tular yang didakwa rakaman perbualan mereka.
Agus menafikan terlibat perbualan lucah pada video tular yang memaparkan individu mirip dirinya bersama seorang lelaki lain.
"Saya ingin katakan bahawa video itu suatu yang doctored, satu yang edited, saya yang diframe," katanya pada sidang media malam ini di Kuala Lumpur.
Agus juga berkata dia telah membuat laporan polis petang tadi di Kajang dan akan menghantar surat tuntutan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan video itu.
"Kita telah belajar bagaimana seseorang itu dijatuhkan dengan tuduhan seksual dan ini berlaku kepada saya," katanya lagi.
Pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Karim turut bersama Agus malam ini, para peguam yang mewakilinya.
Abdul Wahab mendakwa apa yang berlaku merupakan konspirasi dan arahan daripada seseorang digelar sebagai 'Mr H ' dan tujuannya tampil di sidang media bersama Agus adalah kerana berasa menyesal atas apa yang telah dilakukan.
Menurut Abdul Wahab dia telah merakam perbualan video dengan Agus tetapi isi perbualannya bukan seperti yang telah diubah suai dan menjadi tular di dunia maya.
"Hakikatnya video yang saya rakam itu, video yang tidak mempunyai audio," katanya.
[Berita penuh menyusul]