Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Banjir: Pahang negeri pertama bina Pusat Pemindahan Tetap, belanja hampir RM31 juta


MARAN – Pahang mengambil langkah strategik  bagi menangani banjir dengan membina lima Pusat Pemindahan Tetap (PPT) di lima daerah bernilai hampir RM31juta.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha memberikan keselesaan kepada mangsa banjir setiap kali musim tengkujuh di Pahang.


Ia sekali gus merupakan bukti dan komitmen kerajaan negeri dengan memberi perhatian aspek kebajikan di negeri ini yang menjadi fokus utama pendtabiran.

”Kerajaan negeri cuba memeberi keselesaan kepada mangsa banjir supaya tidak bergitu tertekan, tempat selesa ada ruang besar, tandas yang yang mencukupi. Kalau sebelum ini mereka terpaksa tinggal dan berlindung di masjid.

”Ada lima PPT di Maran, Lipis, Temerloh,Kuantan dan Pekan melibatkan kos sebanyak RM31juta,” katanya pada sidang media hari ini sempena perasmian PPT di Maran di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy, kesemua empat lagi PPT akan disiapkan dalam tempoh setahun hingga dua tahun melibatkan kos yang berbeza kerana bergantung kepada saiz, reka bentuk dan keluasan bangunan di lokasi.

Malah Pahang negeri pertama yang membina PPT tetap di Malaysia dan menyediakan teknologi makanan retort kepada mangsa banjir.

Beliau berkata, memandangkan fenomena banjir di negeri ini menjadi ’program tahunan’ maka pihaknya sentiasa bersedia dan berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

”Kos setiap pusat pemindahan  berbeza, design pun berbeza insya-Allah dalam masa setahun akan disiapakan. Kita bukan sahaja ada pusat perpindahan tetap termasuk aspek makanan ada ruang makan untuk memasak selain menggunakan pek makanan teknologi retort,” katanya. 

– MalaysiaGazette