Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Belum berakhir 2023, kutipan hasil Pahang kini RM1.084 bilion melebihi sasaran


KUANTAN: Kerajaan Pahang telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan berjaya mengutip hasil melebihi sasaran bagi tahun 2023 iaitu berjumlah RM1.084 bilion.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri Pahang pada tahun ini terus berjaya mengutip hasil melebihi RM1 bilion untuk tahun kedua berturut-turut.


“Pada tahun ini kita sebenarnya menyasarkan untuk mengutip RM1.083 bilion dan siang tadi saya dimaklumkan oleh YB Penasihat Kewangan Negeri Pahang bahawa kita sudah mengutip RM1.084 bilion, maknanya dah lebih sasaran untuk tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang Tahun 2023 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, semalam.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang Tahun 2023 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob.

Turut hadir ialah YB Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin dan YB Penasihat Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar.

Beliau berkata kejayaan ini juga tidak akan dapat dicapai tanpa usaha dan kesepaduan berterusan semua pihak untuk bersama-sama merealisasikan sasaran tersebut.

Justeru, dalam memastikan Kerajaan Pahang terus menjadi sebuah kerajaan yang cekap serta berdaya saing, beliau menegaskan agar para penjawat awam di negeri ini sentiasa menambahbaik kualiti perkhidmatan yang perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“Penting bagi semua penjawat awam untuk terus memberi penekanan kepada ‘character building’ iaitu melalui penambahan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan juga mengamalkan nilai-nilai murni serta mengutamakan aspek intergriti yang tinggi dalam menjalankan tugas.

“Selaku penjawat awam kita tidak boleh kekal selesa pada suatu tahap pencapaian, kita perlu berani berhadapan dan menangani perubahan persekitaran, ekspetasi pelanggan atau rakyat terhadap perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi dan ini sudah tentunya memerlukan kita membuat pembaharuan yang berterusan,” katanya.

Seramai 94 orang pegawai Pejabat SUK Pahang dirai melalui lima kategori penganugerahan iaitu Kategori Pesara dan Bakal Pesara, Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas SUK Pahang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 25 Tahun Perkhidmatan.

Dengan tema ‘Esok Masih Cemerlang’, majlis anugerah tersebut bertujuan untuk meraikan sebahagian daripada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi kerja dan pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2022. 

– PAHANGMEDIA