Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Didakwa amal ajaran New Age Movement, Dr Fadzilah Kamsah tampil beri penjelasan


MENJAWAB ISU TUDUHAN PSEUDOSCIENCE DAN NEW AGE MOVEMENT

1. Isu ini sudah berlaku minggu lepas. Pada awalnya, Tok Abah ambil pendekatan tidak mahu respon kerana segala tuduhan adalah tidak benar.

2. Nak menuduh Tok Abah pengamal Pseudoscience dan Pseudo-Psikologi tu, Tok Abah tak risau.


3. Tetapi, sehingga ke peringkat menuduh Tok Abah pengamal New Age Movement dan  Pseudo-Agama, itu yang amat menyedihkan.

4. Sebab bila wujudnya tuduhan-tuduhan begini, boleh membawa kepada menjatuhkan maruah. Terutama maruah bagi orang yang menuduh. Dan, of course, maruah Tok Abah pun tercemar.

5. Paling kesian, netizen yang tak tahu hujung pangkal pun terikut dan dapat dosa kering.

6. Itu sebabnya Tok Abah terpanggil untuk menjelaskan demi menjaga maruah diri itu adalah wajib. Barangsiapa yang menjaga maruah dirinya dan jaga aib orang lain, maka Allah akan menjaga aib kita dan pelihara maruah kita Inn shaa Allah ya. 

7.  Tok Abah jua khuatir, barangsiapa mendedahkan aib orang lain maka Allah akan letakkan aibnya di dunia dan juga di Padang Mahsyar kelak.

Maka, atas sebab itu. Tok Abah akan berikan kenyataan rasmi di:

TikTok : @mfadzilahkamsah

Semoga pencerahan ini, akan dapat menjawab segala tohmahan tak berasas dan memperbaiki segala kekeliruan.

Kepada pihak yang menuduh, Tok Abah buka tangan seluas-luasnya untuk kita bertemu dan mengadakan sesi diskusi ilmiah demi mencapai titik keharmonian bersama-sama.

Tok Abah akan minta team Tok Abah untuk berikan no contact P.A Tok Abah untuk aturan sesi ilmiah itu nanti. 

Segala yang baik, datangnya daripada Allah.
Dan segala yang tidak baik, kita sama-sama perbaiki dan berusaha dari hari ke hari. Inn shaa Allah.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Ilmu Allah itu luas.

sumber: Facebook