Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kapal China enggan berundur dari Beting Patinggi Ali


KUALA LUMPUR – China mengekalkan penempatan kapal pengawal pantai miliknya di Beting Patinggi Ali, Sarawak dengan menggantikan kapal CCG 5402 dengan 5403 yang baru saja tiba hari ini.

Raymond Powell menerusi ciapannya di @GordionKnotRay pada Rabu memaklumkan, pengawal pantai China 5403 baru sahaja tiba di Beting Patinggi Ali yang terletak di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.


Beijing mengekalkan kehadiran pengawal pantai yang berterusan di situ untuk menegaskan tuntutannya terhadap bidang kuasa ke atas perairan Malaysia dan operasi minyak dan gasnya.

Sementara itu Kapten Muhammad Haziq Hafizan menuntut tindakan tegas daripada Kerajaan berhubung pencerobohan kapal pengawal pantai China di ZEE Malaysia.

Tegas beliau, tindakan China ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan jelas mencabar kedaulatan dan hak Malaysia di kawasan itu.

“Malaysia wajar melakukan tindakan balas yang serius dan agresif terhadap tuntutan haram China terhadap ZEE kita. Ini adalah perkara serius mengenai keselamatan dan kedaulatan negara kita.

“Malaysia mempunyai 100 peratus hak ke atas Beting Patinggi Ali dan ZEE bersama-sama dengan sumber gas dan minyak yang kaya adalah milik kita, kita mempunyai hak untuk mengeksploitasinya.