Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muhyiddin umum undur diri dari jawatan Presiden Bersatu (video)




PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan untuk mengundur diri dan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang.

Pengumuman oleh Ahli Parlimen Pagoh itu dibuat ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor pada Jumaat.


"Pada hari Jumaat yang mulia dan penuh berkat ini, saya mengumumkan bahawa masa untuk saya mewariskan kepimpinan parti kepada barisan kepimpinan baharu telah pun tiba.

"Dan untuk itu saya ingin menyatakan bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun hadapan," ujarnya.

Menurut Muhyiddin, tarikh pemilihan tersebut akan ditentukan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tidak lama lagi.

Pengumuman Muhyiddin itu disambut dengan laungan daripada perwakilan yang meminta dia menarik balik keputusan tersebut. 

Namun begitu, tidak ada mana-mana pimpinan yang datang menghalang daripada beliau meneruskan pengumumannya.

Turut kedengaran suara pengacara majlis meminta hadirin untuk bertenang dan duduk di kerusi masing-masing mendengar pengumuman Muhyiddin sehingga selesai. 

Untuk rekod, Bersatu atau PPBM ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Muhyiddin.

Parti itu telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan Logo PPBM telah dibenar-pakai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sehari selepas kelulusan pendaftaran parti tersebut.

video: