Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rujuk pakar 'editing' dulu sebelum buat kenyataan media, Nam Ron tegur 'Encik Wahab'


Encik Wahab,

Saya seorang pelakon dan sekali sekala mengarah filem. Selain berlakon di depan kamera dengan ‘live audio recording’ ada masanya saya kena buat ‘Automated Dialogue Replacement’ (ADR) atau orang biasa panggil ‘dubbing’. 

Secara mudahnya, menggantikan atau merakamkan semula dialog yang rosak atau ada terdapat gangguan pada rakaman asal.


Proses ini dilakukan sewaktu’post production’ di studio. Proses ini bukan mudah kerana saya perlu pastikan gerak bibir (lip-sync) harus selari dengan ucapan dialog. 

Menggantikan dialog lain yang tidak seperti diucapkan dirakaman asal adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan kerana gerak bibir tidak selari dengan ucapan. 

Salah satu cara untuk menambah atau menggantikan dialog baharu adalah dengan menggunakan teknik ‘voice over’ (seperti En Wahab nyatakan sewaktu PC).

Bagaimanapun teknik ini hanya digunakan untuk menampal suara pada imej yang lain bukan pada imej yang sama. 

Sebagai contoh, watak lelaki bernama Gajus menelepon seorang lelaki muda untuk mengajaknya melakukan hubungan songsang. Pengarah ingin mengubah atau menambah dialog Gajus. Apa yang perlu dilakukan adalah menukar syot Gajus kepada syot lelaki muda dan memasukkan dialog baharu di syot ini. 

Kedua, pengarah atau sound editor boleh gunakan ‘insert shot’ dengan menunjukkan gambar beg LV ketika menggunakan dialog baharu tersebut.

Nasihat saya kepada En Wahab, sebelum membuat sesuatu kenyataan rujuk dulu dengan orang yang tahu tentang selok belok editing. Jika tidak ianya akan menjerat Encik semula.

Terima kasih.