Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Seorang guru madrasah di Sik Kedah ditahan polis


Seorang guru madrasah di Sik, Kedah ditahan polis selepas dipercayai memukul seorang pelajar lelaki dengan batang paip polyvinyl cloride (PVC).

Kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu dan Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman mengesahkan penahanan guru berusia 27 tahun.


Penangkapan itu dilakukan tak sampai 24 jam sebaik sahaja menerima laporan yang dibuat ibu angkat mangsa pada 11 November lalu.

Dia datang ke madrasah secara mengejut untuk membawa anak angkatnya yang juga kanak-kanak warga Indonesia makan. Namun sebaik tiba di kedai makan, anak angkatnya itu mengadu sakit sewaktu hendak duduk.

Pengadu bagaimanapun terkejut melihat kesan lebam pada tubuh mangsa dan terus ke Balai Polis Sik untuk membuat laporan.

Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

ke posting asal