Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

SPRM rampas empat jongkong emas ketika serbu Aman Palestin, lapor sumber

gambar hiasan

PUTRAJAYA: Empat jongkong emas antara barang yang dirampas dalam siri serbuan ketika penyiasat rasuah meneliti dakwaan penyelewengan dana dalam Aman Palestin Berhad, lapor The Star.

Sumber berkata, jongkong emas yang dirampas seberat satu kilogram setiap satu dan adalah daripada Gred 999.9.


Difahamkan, serbuan dilakukan pada 24 Nov dan pasukan SPRM telah pergi ke lima lokasi, termasuk pejabat Aman Palestin.

Penyiasat turut merampas tiga komputer riba dan empat telefon bimbit.

Sumber berkata penyiasat juga telah mula memanggil individu untuk keterangan mereka direkodkan.

Menurut The Star, mereka cuba menghubungi Aman Palestin untuk mendapatkan komen.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa beberapa serbuan dilakukan sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan terhadap kes itu.

Katanya, seramai 11 individu telah dipanggil untuk disoal siasat setakat ini.

“Kami mencapai kemajuan yang baik dalam kes ini,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Pada 23 Nov, SPRM berkata lebih RM25 juta dalam 42 akaun bank di bawah Aman Palestin dibekukan.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menyiasat dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan sumbangan orang ramai.