Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Takut kalah di PRK Kemaman, PAS terpaksa letak MB Terengganu sebagai calon


KEMAMAN: Bimbang kalah ataupun berkurangnya majoriti, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar terpaksa diletakkan sebagai calon Perikatan Nasional dalam PRK Kemaman.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah perdana majlis pengisytiharan calon PAS PRK Kemaman di sini pada Khamis.


Samsuri, 53 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dan Naib Presiden PAS itu dijangka berdepan dengan calon "heavyweight" iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional.


PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala 28 November dan 2 Disember masing-masing bagi pengundian awal dan hari mengundi.

Pada PRU15 lalu, Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi, menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi sekali gus menyaksikan PAS mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Dua lagi calon yang bertanding di kerusi itu pada PRU15 ialah Rosli Ab Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dengan masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.