Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wahab jalani rawatan kemurungan melampau


Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani mengalami kemurungan dan sedang menjalani rawatan jesteru memerlukan masa untuk memberi keterangan kepada polis, kata peguamnya Faizal Abd Rahman.

Faizal berkata demikian susulan kenyataan Ketua Polis Negara Razarudin Husain bahawa pihak polis tidak dapat menghubungi Wahab bagi mengambil keterangannya.


“Buat masa ini, Wahab mengalami kemurungan dan Bukit Aman setuju untuk beri dia masa," katanya seperti dilapor media.

Faizal berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan polis berkenaan siasatan kes video perbualan antara Wahab dengan bekas ketua pengarah J-KOM Mohammad Agus Yusoff yang tular sebelum ini.

“Saya sentiasa berhubung dgn pihak PDRM. Jadi, kenyataan Razarudin semalam ada sedikit salah faham.

“Bukit Aman ada menghubungi saya pada pagi tadi. Saya juga telah menyatakan bahawa akan memberikan komitmen untuk Wahab beri keterangan dalam masa terdekat," katanya lagi.

Semalam, Razarudin antara lain berkata telefon Wahab dimatikan menyebabkan pihak polis tidak dapat menghubunginya.

Dia juga meminta Wahab tampil membantu siasatan memandangkan dia adalah saksi penting kes tersebut, termasuk dalam usaha mengesahkan identiti "Mr H".

"Mr H" adalah individu yang didakwa Wahab sebagai pegawai berpangkat tinggi J-KOM yang menjadi dalang kepada penyebaran video tersebut.