Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Agenda Melayu: MKT Umno putus adakan 'Kolokium Khas' pada 6 Januari


Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 6 Disember 2023 bersamaan 22 Jamadil Awal 1445H telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan seperti berikut:

1. Sempena setahun usia Kerajaan Perpaduan Malaysia, Majlis Kerja Tertinggi menegaskan pendirian parti untuk terus memperkukuhkan dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan sebagaimana Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.


2. Memperteguhkan asas-asas kerjasama yang dipersetujui bersama antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia melalui perjanjian yang telah telah dimeterai terutamanya berkenaan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera; dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi.  

3. Bagi mempertingkatkan lagi kesefahaman dan kerjasama antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia, Mesyuarat juga bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat Negeri-Negeri bermula Januari 2024.

4. Mesyuarat juga memperakukan bahawa semua Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun UMNO akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agong UMNO pada 14 Januari 2023.

5. Bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasakan, UMNO pada 6 Januari 2024 akan mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal membentangkan hala-tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk umat Melayu di negara ini.

DR. ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI
6 Disember 2023