Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ASB umum dividen 5.25 sen seunit bagi 2023


Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023).

Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.


ASNB dalam kenyataan berkata, jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

Tahun lalu, ASNB mengumumkan pengagihan ASB pada kadar 4.6 sen seunit dan bonus tambahan 0.5 sen seunit, lebih rendah berbanding 2021.

Pada 2021, pengagihan pendapatan ASB adalah 5.0 sen seunit, merangkumi agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit, manakala pada 2020, agihan pendapatan diberi 4.25 sen seunit tanpa bonus.