Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Banduan mengaku salah liwat rakan sepenjara


Seorang banduan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini atas pertuduhan liwat dan melakukan seksual terhadap rakan selnya pada 25 November lalu.

Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mohd. Sabri Ismail bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Akhirin Hufri, 47.

Prosiding akan kembali berlangsung pada 10 Januari depan bagi menunggu serahan fakta kes oleh pihak pendakwaan.


Berdasarkan dua kes pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii (liwat). Menurut laporan, tertuduh telah meliwat mangsa yang berusia 22 tahun secara paksaan.

Mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh turut mengaku bersalah melakukan persetubuhan terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 377CA kanun sama, yang memperuntukan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Difahamkan, kesemua perbuatan tersebut dilakukan oleh tertuduh kira-kira pada jam 12 tengah malam di sebuah sel Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.