Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Budak 13 tahun cuba samun dan tikam pemandu e-hailing didakwa esok


SUNGAI PETANI: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang terlibat dalam kes cubaan samun seorang pemandu e-hailing di Taman Keladi, di sini Isnin lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani, esok.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata kes telah dirujuk kepada pendakwa raya dan arahan pertuduhan telah dikeluarkan.

"Remaja itu akan dituduh di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan esok," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sebelum ini satu klip video yang memaparkan tindakan seorang remaja cuba menikam pemandu e-hailing itu dipercayai sebagai cubaan samun dalam kenderaan di Taman Keladi di sini Isnin lepas, menjadi tular di laman sosial.

Pemandu e-hailing yang merupakan warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun sempat menggigit tangan remaja berkenaan dan merampas pisaunya sebelum remaja itu melarikan diri.

Remaja itu ditahan kira-kira dua jam selepas laporan polis dibuat oleh warga emas berkenaan pada pukul 8 malam pada hari kejadian.

-- BERNAMA