Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bunuh isteri guna dumbbell, suami berdepan hukuman mati



SHAH ALAM – Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh isterinya yang merupakan pensyarah kolej minggu lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Izzat Saat, 38, selepas pertuduhan terhadap lelaki itu dibacakan di hadapan Majistret Farah Rosnan.


Tertuduh yang memakai baju-T berwarna merah bagaimanapun hanya mengangguk faham.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian mangsa, Nurul Qurraisyia Zulkafli, 33, di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Seksyen 32 di sini, kira-kira pukul 10.30 malam, 14 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saidah Fasihah Che Yussoff, manakala tertuduh diwakili peguam Rezal Mazli Abdul Muin dan M. Hafiz Zainol Abidin.

Sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia, forensik dan bedah siasat ditetapkan 19 Februari depan.-KOSMO