Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Filipina panggil Duta China, isu ketegangan di Laut China Selatan


MANILA – Kementerian Luar Filipina telah memanggil Duta China ke Manila untuk membantah “gangguan berturut-turut” di Laut China Selatan pada hujung minggu baru-baru ini, ketika ketegangan geopolitik yang berpanjangan berterusan di laluan air strategik itu.

Manila telah meminta China mengarahkan kapalnya menghentikan semua tindakan haram dan tindakan bahaya terhadap kapal milik Filipina.

China juga didesak berhenti campur tangan dalam semua aktiviti Filipina, kata Kementerian Luar Filipina dalam kenyataan medianya.


Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Luar Ma. Theresa Lazaro secara lisan menyampaikan bantahan terhadap gerakan China yang membawa kepada perlanggaran, dan menentang penggunaan meriam air terhadap kapal Filipina yang menghantar bekalan kepada tentera yang ditempatkan di kapal perang yang semakin tua di Second Thomas Shoal.

“Tindakan kapal China dalam zon ekonomi eksklusif Filipina adalah menyalahi undang-undang dan melanggar kebebasan pelayaran,” kata kementerian itu.

Ia juga membantah penggunaan meriam air China terhadap tiga kapal biro perikanan dalam perjalanan mereka untuk menghantar minyak dan barangan runcit kepada nelayan berhampiran beting Scarborough.

Kedutaan China di Manila tidak segera menjawab permintaan berkenaan sebagai reaksi balas.

Kedua-dua jiran itu bertukar tuduhan pada Ahad, dan Filipina menggelar tindakan China sebagai “serious escalation”.

Kementerian Luar China membantah tindakan mereka pada Ahad lalu sebagai perlanggaran.

Tetapi Filipina berkata pengawal pantai China dan tentera maritim berulang kali menembak meriam air ke arah bot bekalan semulanya, menyebabkan “kerosakan enjin yang serius” kepada satu, dan “sengaja” merempuh satu lagi.

Lapor Reuters, Amerika Syarikat, sekutu perjanjian Filipina, dan United Kingdom, kedua-duanya menyatakan sokongan kepada Filipina dan mengutuk tindakan China, yang menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, saluran untuk lebih AS$3 trilion (RM14 trilion ) perdagangan tahunan bawaan kapal.

Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Brunei, mempunyai tuntutan yang bersaing. Mahkamah Timbang Tara Tetap pada 2016 berkata tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang.