Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jovian umum berpisah dengan anak DS Ismail Sabri


Usahawan terkenal Jovian Mandagie memaklumkan beliau dan Nina Ismail Sabri sudah pun berpisah secara baik.

Perkara dimaklumkan oleh Jovian menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya sebentar tadi.


Menurut Jovian, dia dan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia itu telah memutuskan mengakhiri perkahwinan mereka pada Ogos lepas selepas 10 tahun bersama sebagai suami isteri.

“Sebahagian perkahwinan adalah sangat istimewa dan akan kekal hingga seumur hidup. Tetapi, perkahwinan kami lebih istimewa kerana berkembang menjadi persahabatan yang kekal.

“Pada Ogos lepas, kami secara bersama mengambil keputusan untuk mengakhiri perkahwinan 10 tahun kami atas sebab yang kami percaya adalah terbaik untuk kami berdua.

“Kami mendapati, sebagai sahabat dan ibu bapa kepada Jeanelle, kami sebenarnya berkongsi rasa cinta yang berbeza.

“Keutamaan kami ketika ini adalah untuk memastikan kebahagiaan Jeanelle dan setakat ini kami melakukan yang terbaik, Alhamdulillah.

“Malah, kasih sayang kami terhadap ibu bapa dan keluarga kami juga tidak akan berubah. Kami yakin dengan perancangan Allah, kerana Dia adalah perancang yang terhebat," kata Jovian.

Berterima kasih kepada pengikutnya. Dalam pada itu, Jovian juga terharu dengan sokongan yang diterima olehnya bersama Nina dan berharap orang ramai terus menyokong mereka.

Menurut Jovian, berita perpisahan itu didedahkan selepas beliau dan Nina tersentuh dengan komen daripada pengikutnya semasa sesi siaran langsung di TikTok.

“Semalam, kami telah mengadakan siaran langsung di TikTok dan tersentuh dengan komen-komen yang menarik tentang kami sebagai pasangan suami isteri.

“Jadi, kami merasakan penting kami memaklumkan berita ini dengan anda semua.

“Walaupun ramai yang tidak menjangkan berita ini, tetapi percayalah bahawa kami berdua berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Apa yang anda lihat selama empat bulan yang lalu adalah benar. Tidak mungkin kami membenci antara satu sama lain selepas berkongsi hidup sedekad lamanya,” kata Jovian lagi.

Jovian juga sempat berterima kasih kepada pengikut yang sentiasa menyokong dan mendoakan kebahagian mereka dalam menjalani kehidupan yang seterusnya.

“Terima kasih sekali lagi atas doa dan sokongan anda semasa kami memulakan lembaran baharu dalam hidup kami. Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi untuk #JoviaNina selama ini. Kami sangat menghargai dan menyayangi anda semua," katanya akhiri perkongsian tersebut.