Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kapal Militan China kerumuni kawasan terumbu yang dituntut Filipina


Gambar satelit terbaharu minggu ini memperlihatkan kapal militan laut China berkumpul di sekitar wilayah yang dipertikaikan di Laut China Selatan, seminggu selepas Filipina mengatakan anggaran 135 kapal tersebut "mengerumuni" kawasan tersebut.

China dan Filipina sama-sama merebut terumbu yang dinamakan Whitsun, walaupun ia terletak dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) yang diiktiraf secara antarabangsa milik Filipina, memberikan Manila hak berdaulat untuk memanfaatkan sumber hasil kawasan tersebut.

Gambar pada 10 Disember dan yang dikeluarkan pada hari Selasa oleh penyedia imej satelit SkyFi mendedahkan apa yang didakwa lebih daripada 75 kapal militan laut China terikat bersama berhampiran terumbu tersebut.


Militan laut China adalah armada kapal-kapal yang dibina khas untuk digunakan bersama-sama dengan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China dan Pengawal Pantai China. Beijing tidak secara rasmi mengakui kewujudan kuasa militan laut ini dan mendakwa ia terdiri daripada sekumpulan nelayan patriotik.

Sifat tidak rasmi militan laut ini memberikan Beijing penafian yang munasabah apabila kapal-kapal itu memasuki wilayah dalam pertikaian. 

Pemerhati percaya kerajaan China menggunakan bot-bot nelayan itu untuk meningkatkan kawalan de facto ke atas kawasan yang dipertikaikan di Laut China Selatan, termasulah di kepulauan Spratly di mana Whitsun Reef terletak.

Pihak berkuasa antarabangsa telah menuduh armada kapal tersebut terlibat dalam kegiatan yang membahayakan dan bersifat agresif. Beberapa kapal mereka baru-baru ini dirakam terlibat dalam ketegangan di Scarborough Shoal dan Second Thomas Shoal yang berdekatan, di mana hak miliknya masih direbut antara Manila dan Beijing.

Gambar SkyFi menunjukkan gerombolan kapal militan laut China yang kelihatan berlabuh di luar terumbu berbentuk V itu dan terikat bersama - taktik yang dikenali sebagai "rafting."

"Rafting" adalah "taktik zon kelabu mengikat kapal bersama dalam keadaan berlabuh untuk menubuhkan pos terapung separa kekal yang sukar disurai kerana jisim kolektif mereka," kata penganalisis Stanford Gaute Friis dalam laporan bulan Julai yang diterbitkan oleh projek SeaLight universiti itu.

Tentera Laut Filipina sebelum ini mengatakan jumlah kapal militan laut di Whitsun Reef telah menurun kepada 28 pada 6 Disember. Mereka kelihatan kembali ke wilayah itu pada hujung minggu lalu.

"Kebanyakannya apa yang cuba dilakukan oleh China sepanjang tahun adalah untuk mendapatkan semua orang terbiasa dengan idea bahawa China ada di sini dan anda tidak boleh menghilangkannya. Idea itu adalah mereka akan perlahan-lahan mengembangkan skop dan jangkauan mereka ke pinggir tuntutan sembilan garis mereka dan hampir hingga ke garisan pantai jiran mereka," kata Pengarah SeaLight Ray Powell kepada SkyFi.

Pengawal Pantai Filipina, yang telah memerhatikan perkembangan ini selama bertahun-tahun berkata, kapal-kapal China mengabaikan cabaran radio yang dihantar kapal peronda ntuk mendokumentasikan "kehadiran haram" mereka.

Whitsun Reef terletak kira-kira 750 batu dari Hainan, wilayah terhampir China. Ia adalah salah satu daripada kira-kira 200 Kepulauan Spratly yang didakwa oleh China sebagai sebahagian daripada wilayah bersejarahnya, menimbulkan tentangan daripada negara-negara penuntut lain seperti Vietnam, Brunei, Malaysia, dan Taiwan, selain daripada Filipina.

Memblasa terhadap soalan yang diajukan pada awal bulan ini mengenai kehadiran militan laut China di terumbu itu, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, menyatakan mereka adalah bot-bot nelayan yang secara sah berlindung daripada cuaca buruk dalam perairan China.

Pemerhati khusus kepada kegiatan armada militan laut ini mengatakan, walaupun digambarkan oleh Beijing sebagai kapal nelayan, bot mereka tidak mempunyai sebarang anak kapal dan sering kelihatan terlalu bersih.

video: