Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenderaan Adun PN terbalik selepas rempuh lori


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Kedah Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 37, terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Jalan Padang Chempa menghala ke Changlun dekat Arau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Abdul Mohsin Md Rodi berkata insiden itu dipercayai berlaku apabila kereta Perodua dipandu Adun itu tidak sempat mengelak lori berkenaan yang diparkir di kaki lima jalan dalam keadaan melintang dan melanggar kenderaan tersebut.


“Akibat daripada kereta ini telah terlanggar bahagian sisi kiri belakang lori tersebut, kereta ini telah terbabas masuk ke dalam longkang denai di kaki lima jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berusia 66 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mohd Ashraf mengalami kecederaan luka ringan di bahagian mulut manakala pemandu lori berusia 66 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa kemudian dibawa dan dirawat di Hospital Pakar KPJ Perlis kerana mengadu pening kepala dan mengalami kecederaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam Pilihan Raya Negeri Kedah lalu, Mohd Ashraf Mustaqim yang mewakili Perikatan Nasional berjaya menewaskan penyandang kerusi itu, Dr Salmee Said daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Bebas, Abdul Ramli@Latif dengan majoriti 13,090 undi

- Bernama