Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki maut kepala tersepit pintu lif (video)


GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut apabila kepalanya tersepit pada pintu lif dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma, di sini, petang tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, PBK II Ahmad Rezki Faris Ismail dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.45 petang dan tiba di lokasi 6 minit kemudian.

Sejurus tiba, anggotanya mendapati dua mangsa lelaki terperangkap dalam lif di tingkat bawah ketika sedang melakukan penyelenggaraan.


“Seorang lelaki telah tersepit di bahagian kepala pada pintu lif, manakala seorang lagi mangsa telah terperangkap di dalam lif.

“Kami telah berjaya membuka pintu lif dan mengeluarkan dua orang mangsa tersebut.

“Seorang mangsa lelaki telah disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala di tempat kejadian oleh pihak KKM.

“Manakala seorang lagi mangsa, 53, berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang maut ialah Tinesh Kumar Ramachandran, 28.

Operasi tamat pada jam 5.56 petang dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

video: