Lokman selar Kit Siang, kenyataan mahu PM bukan Melayu bertujuan sabotaj Anthony Loke
Labels:
Politik
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi UMNO dan Kerajaan Perpaduan, Dato Lokman Noor Adam menyelar kenyataan bekas pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengenai kenyataan mahu Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu.
Bercakap secara langsung di dalam tembual bicara bersama NR Channel, Lokman mengatakan bahawa Lim Kit Siang telah melakukan satu perkara yang bodoh kerana sabotaj Setiausaha Agong DAP , Anthony Loke dan sebagai pemimpin beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian
"Apa sebenarnya Lim Kit Siang nak buat? Dia sebenarnya sabotaj Anthony Loke. Dia tak nak melihat DAP di bawah pemerintahan Anthony Loke lebih berjaya dari DAP di bawah anaknya (Lim Guan Eng). Itu realitinya, tiada sebab mengapa dia perlu mengeluarkan kenyataan bodoh tersebut.
"Tapi kenapa sekarang? Ketika orang dah boleh terima DAP. Orang dah nampak DAP ni ok. DAP semenjak bersama dengan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim ni ok. Tak macam masa DAP bersama dengan Mahathir. Tiba-tiba tanpa ada pokok bergoyang dan tanpa ada hujan ribut, Lim Kit Siang kata dia nak melihat Perdana Menteri bukan Melayu dekat Malaysia.
"Dia bukan bodoh, sebenarnya dia cuba sabotaj Anthony Loke. Kalau pakai otak, Lim Kit Siang guna otak dia untuk menanam kebencian terhadap DAP sekarang. Dia nak buat orang Melayu takut dengan DAP sekarang kerana sekarang bukan di bawah pemerintahan anak dia.
"Kita orang Melayu bumiputera dalam negara ni lebih 70%. Di mana datang logiknya orang Cina yang mungkin berapa puluh persen saja campur dengan India 9% tiba tiba nak mengangkat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Dari segi logik akalnya tak akan berlaku.
"Dari segi statistik, orang Melayu bumiputera dalam Malaysia ni kadar pembiakan dia adalah tinggi berbanding dengan bangsa lain. Dalam jangka masa panjang, jumlah orang Melayu bumipuetra ni akan makin ramai.
"Dan yang ketiga kalau dia sedar kalaulah negara ini mengangkat bukan Melayu. Ekonomi pun bukan bumiputera yang kuasai, tapi kalau politik pun bukan bumiputera nak kuasai kita akan berhadapan dengan huru-hara.
"Dan saya tidak nampak DAP hari ini menuju ke arah mahu menjadi parti tunjang yang memerintah negara ini. Memang mereka pun tahu tak boleh, tapi kenapa Lim Kit Siang mahu mengeluarkan kenyataan itu? hanya untuk sabotaj Anthony Loke, pencabar anak dia, itu saja. Alasan lain saya tak boleh terima. Minta maaf cakap.
"Dan bagi saya siapa juga yang mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah belahkan kerajan perpaduan ini saya anggap mereka ini bekerjasama dengan musuh-musuh kerajaan perpaduan."ujar Lokman
video penuh sini