Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, lelaki tempatan berusia 40-an itu dipercayai meninggal dunia lebih lima hari.
"Jam 12.04 tengah hari Balai Polis Kota Damansara menerima satu laporan berkenaan kematian seorang lelaki tempatan di
"Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta Perodua Bezza," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, setakat ini siasatan diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
Terdahulu Harian Metro melaporkan, mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta yang diparkir berhampiran kawasan Car Boot Sale Damansara, pagi semalam.
Penemuan yang mengejutkan itu dikongsikan oleh salah seorang peserta jualan but menerusi platform X.
Turut ditemukan di dalam kereta, satu nota dipercayai ditinggalkan mangsa yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarganya. -Hmetro
video