KLANG: Penduduk di Taman Sri Andalas di sini, hari ini gempar apabila terdapat mayat ditemukan dalam keadaan tergantung pada struktur binaan dipecayai sebuah stesen aliran transit ringan (LRT) yang masih belum beroperasi, awal pagi tadi.
Insiden tersebut menarik perhatian penduduk setempat yang keluar bekerja kira-kira pukul 7.30 pagi apabila mendakwa terdapat ambulans dan kawalan polis dekat jalan utama berhampiran stesen berkenaan.
Sekeping gambar memaparkan keadaan mayat dipercayai wanita yang lengkap berpenutup kepala dipercayai telekung tular dalam media sosial kumpulan komuniti perumahan berkenaan dan menerima reaksi lebih 100 penggunanya.
“Betul Saya nampak pagi td nk pergi kerja,” kata Ezrine Dalila Harun.
“Allahu Akbar LRT pun belum operasi, sudah ada kes pula dekat situ,” komen Nor Idayu.
Bagaimanapun, terdapat pengguna mendakwa mangsa adalah wanita kurang siuman yang dikatakan kerap berada di lokasi berkenaan, namun dinafikan pengguna lain yang menyatakan wajahnya tidak seperti dimaksudkan.
“Perempuan kurang siuman itu semalam dia basuh baju dekat tepi jalan LRT. Hari-hari dia dekat kawasan situ siap jemur baju. Kesian tengok kadang-kadang dia datang minta duit cakap lapar tak ada keluarga. Tengok gaya bukan orang sini, orang Sabah rasanya,” kata Adinda Qaseh.
“Bukan perempuan itu sebab nampak dekat bawah ada video muka macam Rohingya sahaja,” jawab Lola Kimy.
Bagaimanapun, Utusan Malaysia sedang mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan daripada polis berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN
video: