Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pegawai polis direman, langgar dan seret pelajar hingga maut (video)


IPOH: Pegawai kanan polis ditahan berhubung insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian pelajar Tingkatan Lima selepas motosikal ditunggang remaja itu dilanggar kereta dipandu pegawai polis berkenaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah itu ditahan dan akan menjalani proses permohonan reman esok untuk siasatan lanjut.

Katanya, mangsa iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pegawai polis berusia 44 tahun itu tidak cedera.


Selain disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya, siasatan akan turut dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati sebab kematiannya adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

"PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh. Orang awam juga diminta tidak membuat sebatang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam," katanya menerusi kenyataan malam ini.

Yahaya dalam pada itu turut meminta kepada orang awam yang mengetahui atau menyaksikan kejadian supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163.

Terdahulu, BH Online melaporkan Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di tempat kejadian selepas dikatakan diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter.

Menurut saksi, insiden berkenaan berlaku disebabkan ketidak puasan hati kerana marah dengan bunyi bising ekzos motor pelajar tersebut. 

Menceritakan detik ketika berada di lokasi kejadian, kakak mangsa Nur Zawani berkata, bapanya di samping seorang ustaz turut cuba bantu adiknya itu untuk mengucap selain dia sendiri sempat memangku adiknya bagi memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

"Ketika kejadian, saya berada berhampiran lokasi kemalangan dan terperanjat apabila diberitahu orang awam bahawa mangsa kemalangan itu itu adalah adik sendiri.

"Saya pangku dia, saya memang cuba selamatkan dia. Saya yang buat CPR masa mula-mula tiba di situ. Ketika itu adik masih bernyawa tetapi sudah tidak menunjukkan sebarang tindak balas," katanya yang juga seorang jururawat.

Katanya, kesedihan menyebabkan emak dan ayahnya tidak berdaya hadir ke Jabatan Forensik HRPB bagi proses bedah siasat anak bongsu dari empat beradik berkenaan.

"Emak dan ayah saya tak kuat, jadi sebab itu mereka tidak datang ke sini, lagi-lagi emak saya," katanya.


Jenazah Muhammad Zaharif Affendi dituntut keluarga selepas proses bedah siasat selesai jam 6.30 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar, di sini.

video: