Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jalan Bukit Assek jadi tumpuan polis susulan penemuan tengkorak manusia


SIBU – Sekumpulan pekerja kontraktor Majlis Perbandaran Sibu (MPS) yang sedang mencuci parit di Jalan Bukit Assek, di sini dikejutkan dengan penemuan tengkorak manusia di tepi parit tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan tengkorak itu kira-kira pukul 1.50 petang semalam.

“Semasa pekerja kontraktor MPS mencuci parit di Jalan Bukit Assek, mereka telah menjumpai tengkorak dipercayai tengkorak manusia di tepi parit itu,” katanya yang dihubungi, hari ini.


Susulan itu, beliau berkata sepasukan anggota polis dari unit forensik IPD Sibu telah pergi ke tempat penemuan tengkorak itu kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk menjalankan siasatan.

Zulkipli berkata tengkorak itu kemudian dibawa ke bilik mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 sumber– KOSM0