Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelakon Hafidz Roshdi umum berkahwin, bekas isteri beri sepatah dua kata


Kuala Lumpur: Teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz Roshdi dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada akhirnya terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi. 

Menerusi hantaran terbaharu itu, Hafidz memuat naik video majlis akad nikah yang berlangsung dan foto bersama isterinya itu. 

Dalam perkongsian itu, Hafidz meluahkan rasa syukur apabila sah bergelar suami kepada Athira.


"Alhamdulillah," tulisnya berserta tanda pagar #HafidzAthira.

Sebelum ini Hafidz enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan dia bakal menamatkan zaman duda dengan Athira, hari ini.

Hafidz ketika dihubungi Harian Metro hanya memaklumkan, sekiranya ada berita baik mengenai perkara itu dia akan kongsikan kepada umum.

"Kalau ada berita baik saya akan kongsikan. Tapi buat masa ini saya tak nak cakap apa-apa. Tiada komen," katanya ringkas.

Terdahulu timbul khabar angin mengatakan Hafidz bakal mengahwini wanita pilihannya, Athira hari ini. 

Athira adalah wanita yang dilaporkan menjadi punca pergolakan rumah tangga Hafidz bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Sementara itu bekas isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, mendoakan bekas suaminya itu selamat melayari alam rumah tangga bersama isteri baharunya, Athira Yuhada yang dinikahi malam semalam.

Menurut Shuhada, menerusi pernikahan tersebut, ia juga menunjukkan bahawa dia tidak pernah berbohong dengan semua pihak mengenai apa yang berlaku dalam rumah tangganya selama ini.

“Sekurang-kurangnya Allah sudah tunjukkan saya tidak berbohong tentang perkara ini.

“Itu hajat dia walau kami masih bergelar suami dan isteri. Ini jalan yang dia pilih, baguslah.

“Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik, saya juga gembira,” katanya.

Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.