Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis tubuh pasukan khas, keterangan ibu bapa Zayn Rayyan diambil semula


PETALING JAYA: Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, susulan keputusan bedah siasat menemui unsur jenayah dalam kejadian itu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kematian kanak-kanak autisme itu diklasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan.


Menurutnya, polis akan merakam semula keterangan semua individu terbabit termasuk ibu bapa mangsa.

“Selain itu, kita turut wujudkan task force (pasukan khas) fokus untuk membantu siasatan.

“Kita akan rakam semula keterangan ibu dan bapa mangsa semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu media melaporkan Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui meninggal dunia semalam.

Bagaimanapun polis kemudiannya mengesahkan mangsa mati dibunuh dan kertas siasatan dibuka untuk siasatan.