Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRK Kemaman: Penyokong PAS mulakan provokasi tendang pintu kereta


PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh tampil memberi penjelasan mengenai video pergaduhan antara penyokong Pas pada Pilihan raya Kecil Parlimen (PRK) Kemaman dan juga beliau yang tular di media sosial.

Muhammad Akmal berkata, penyokong Pas yang memulakan provokasi dan beliau hanya tampil untuk mempertahankan rakannya daripada diserang.


“Hari ini (semalam), petang tadi agak panas sikit tapi saya nak memperjelaskan satu perkara yang berlaku. Sebenarnya apabila kiri dan kanan tu ramai orang tengah buat flashmob jadi kereta terpaksa bergerak perlahan dan saya turun.

“Apabila saya turun ke tepi memang kita (boleh) nampak kita (turun) dengan tenang. Ada video saya turun, memang tidak ada buat apa-apa provokasi sekalipun tetapi apabila saya lihat kawan saya yang tengah memandu kereta tu nak masuk semula untuk memastikan jalan raya okay, pintu ditendang dan terkena pada beliau.

“Jadi kita boleh nampak video ini, polis yang datang untuk menenangkan penyokong Pas yang mana mereka mula-mula buat provokasi. Jadi saya datang untuk memastikan jentera saya tidak langsung dan dikenakan apa-apa. Tugas saya untuk memastikan ia berjalan dengan baik,” katanya menerusi satu klip video yang dimuatnaik di laman Facebook.

Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan pergaduhan antara penyokong Pas dan juga Barisan Nasional, melalui video tersebut juga kelihatan Muhamad Akmal.

Namun kemudian konflik antara penyokong dua parti tersebut dapat ditenang dan dilerakan oleh pihak polis.

Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, beliau tidak bimbang dengan laporan polis yang dibuat oleh pihak Pas kerana merasakan dirinya tidak bersalah.

“Kita dapat tahu bahawa pemuda Pas buat satu laporan polis terhadap (kejadian) petang tadi. Tidak mengapa, saya berani menghadapi dengan apa sekalipun sebab saya yakin kita berada di pihak yang benar.

“Jangan spin dan juga buat fitnah benda yang tidak betul. Kita tunggu siapa yang menang, siapa yang salah,” katanya. 

KLIK: video kejadian.

–UTUSAN