Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Puteri Sarah nafi bersandar di bahu lelaki, hanya berpaling saja (video)



PELAKON Puteri Sarah Liyana menafikan dakwaan yang beliau ada meletakkan kepala pada bahu rakan perniagaannya dari Indonesia, Andi Arsyil, ketika sedang bersiaran langsung di Tiktok, baru-baru ini.

Menurut Puteri Sarah, beliau hanya sekadar berpaling ke arah rakannya itu, dan masih tahu menjaga batas serta sesekali tidak akan melakukan perkara yang mencalarkan namanya.



"Saya hanya berpaling ke arah Andi. Saya tidak letakkan kepala dibahunya.

"Janganlah asyik nak cari salah saja. Boleh fikir secara logik takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu lelaki yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ketika siaran langsung.

"Saya tahu ramai yang ingin mencari silap saya. Ada saja yang tak kena di mata mereka.

"Malah ada juga yang sengaja meninggalkan komen jahat ketika siaran langsung saya bersama Andi baru-baru ini. Tak bolehkah mereka hidup dengan tenang?," katanya.

Ketika sedang bersiaran lansung itu, Puteri Sarah dilihat sedang menangis selepas ada netizen yang menghinanya, membuatkan beliau bertindak spontan dengan memalingkan muka ke arah Andi.

Ditanya mengenai tindakan spontan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, Andi selaku rakan perniagaannya sering menasihatkan dirinya agar tidak berdendam dengan sesiapa.

"Andi selalu menjadi pendengar terbaik setiap kali saya tertekan atau murung dengan fitnah atau komen jahat orang luar.

"Apabila saya bercerita dia selalu nasihatkan saya supaya jangan ambil peduli dan tidak menyimpan dengan mereka.

"Malah dia selalu minta saya memaafkan pihak-pihak yang pernah menyakiti saya supaya hati saya lebih tenang dan positif.

"Alhamdulillah saya dikelilingi dengan insan yang baik dan dia salah seorang individu itu," katanya.

video kejadian berpaling:



Sumber: HMetro