KENYATAAN PENUH DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
Saya menzahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan YAB Perdana Menteri untuk saya menerajui Kementerian Luar Negeri.
Ia adalah tanggungjawab dan amanah yang berat dan akan saya laksanakan sebaiknya dengan kerjasama dan nasihat para pegawai kanan dan seluruh kakitangan Wisma Putra.
Insya-Allah, komitmen saya ialah untuk meneruskan dasar luar yang progresif, bebas dan berkecuali, selari dengan kepentingan nasional dan peranan antarabangsa Malaysia.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YB Senator Dato’ Seri Di Raja Dr Zambry Abdul Kadir atas kepimpinan beliau yang cemerlang di Kementerian Luar Negeri.
Kepada pengurusan tertinggi dan seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia, saya sangat terhutang budi dan berterima kasih atas segala kerjasama, saranan dan bantuan yang diberikan kepada saya semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan.
Pengalaman berharga yang saya di lalui di KEMENTAH akan abadi dalam kenangan untuk selamanya.
Kepada Datuk Seri Mohammad Khaled Nordin, selamat bertugas di Kementerian Pertahanan.
Insyallah pengalaman luas Datuk Seri akan memberi manfaat besar kepada warga Kementerian Pertahanan.