Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiada tangkapan ke atas Papagomo -KPN



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan maklumat kononnya  telah menangkap Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris malam tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi hari ini menafikan Papagomo ditangkap semasa bersiaran langsung di media sosial.


“Kami tidak menangkap lelaki ini (Papagomo),” katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, Raja Petra Raja Kamarudin menerusi media sosial X mendakwa Papagomo telah ditangkap ketika bersiaran langsung di TikTok.

“Papagomo baru kena tangkap semasa buat TikTok live. Sebab itu Allah perintah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke tempat di mana ada kebebasan bersuara.

“Dan saya ikut sunnah Nabi dan berhijrah ke England. Ikut sunnah Nabi wajib bagi orang Islam,” katanya di X.

Maklumat mengenai penangkapan blogger itu menerima pelbagai reaksi netizen.

Ada pihak ada yang gembira kerana menganggap Papagomo patut ditangkap kerana didakwa menyebarkan fitnah semasa melakukan live.

Namun, ada pihak yang meragui kesahihan berita tersebut.- MalaysiaGazette