Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiga lelaki ditahan, kes bunuh isteri orang di ladang sawit


Beaufort: Mayat seorang wanita dengan kesan kelar di leher dan tetakan di beberapa bahagian badan, ditemukan di kawasan belukar ladang sawit di Kampung Ulu Bambangan, Membakut, di sini, semalam.

Mayat wanita yang berwarganegara Filipina berusia 43 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya dan laporan penemuan mayat itu dibuat kira-kira 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Daerah Beaufort Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang ketika turun bekerja di ladang sawit tempatnya bekerja.


Katanya, suami mangsa yang berkerja di ladang sama kemudian mencari isterinya dan menemukan sehelai seluar warna hitam milik mangsa.

"Ahli keluarga wanita itu seterusnya berusaha mencari di sekitar penemuan seluar mangsa dan akhirnya menemukan mayat mangsa di belukar berhampiran," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tapak tangan sebelah kanan mangsa hampir putus, selain luka di dahi dan kesan kelar di leher yang dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam.

"Susulan itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.

"Keempat-empat suspek kini direman bagi membantu siasatan," katanya.

Ismail berkata, usaha mengesan suspek lain masih giat dijalankan dengan bantuan Unit Siasatan Khas (D9), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik IPK Sabah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


-HMetro